Assalammualaikum wbt,
Hai mommies and daddies,
Hari ni saya hendak kongsikan cara urutan satu minit untuk atasi masalah hidung bayi tersumbat akibat selsema.
Ini perkara asas yang perlu ibu bapa perlu tahu ya.
Senang saja teknik urutan ni, mudah dan sekejap saja hendak dibuat.
Bila anak yang masih bayi terkena selsema selalunya mak-mak takkan dapat tidur pada waktu malam kan. Anak akan terjaga pada bila-bila masa saja.
Bayi selalunya akan meragam kerana tidak selesa sebab hidung tersumbat.
Sebab itulah mak-mak ni akan cuba bermacam usaha dan petua untuk hilangkan masalah selsema pada bayi.
Sebelum ni, petua letak bawang dan guna minyak bawang putih pernah viral kan.
Hari ni saya temui teknik urutan yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah hidung bayi tersumbat ketika selsema ni.
Ibu bapa yang ada anak kecil kena tahu cara urutan satu minit untuk atasi masalah hidung bayi tersumbat akibat selsema ni.
Paling seronok ianya hanya mengambil masa seminit sahaja untuk dibuat.
Bahan-bahan nya ialah minyak bayi atau minyak telon untuk menghangatkan tubuh bayi.
LANGKAH 1
Baringkan bayi dan ratakan minyak pada tapak tangan ibu. Kemudian letakkan tangan pada dada anak dan gosok dengan gerakan bentuk hati.
LANGKAH 2
Selepas itu teruskan denga menggosok bahagian dada anak dengan gerakan tangan menyilang secara berganti-ganti.
LANGKAH 3
Akhir sekali letakkan kedua jari telunjuk pada bahagian atas hidung anak, gosok perlahan-lahan ke arah atas kemudian melintasi bawah mata, belakang telinga dan leher. Dan ulang gerakan ini sebanyak tiga kali.
Mudah kan? Lepas ni ibu bapa bolehlah hafal gerakan ni urutan satu minit untuk atasa masalah hidung bayi tersumbat akibat selsema.
Artikel ni dipetik dari sumber Vanilla Kismis.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Had Skrin Time Untuk Anak
Had Screen-Time Untuk Anak-Anak Kita 1. < 18 bulan : Jangan sesekali dedahkan dengan gadget kecuali sekali sekala video-chatting dengan...
-
BETUL KE RUAM GATAL ANAK SAYA NI EKZEMA? ATAU....? .......................................................................... ALERGI GLU...
-
2 Perkataan Hebat Yang Kita Mesti Ajar Anak-Anak Kita 1. TERIMA KASIH Ajar anak kita ucap benda ni setiap kali ada yang bagi sesuatu pada...
-
TIPS PENTING BUAT IBU YANG PERTAMA KALI MENYUSU BADAN Praktis Mengepam Tahukah anda, selain daripada digunakan untuk memerah susu, pam s...



Tiada ulasan:
Catat Ulasan