Isnin, 20 November 2017

5 Cara Bonding Time Paling Mudah Dengan Anak

5 Cara Bonding Time PALING MUDAH Dengan Anak.

Apa kata rebut peluang dengan melakukan 5 cara ini untuk bonding time dengan anak-anak. Cara ini tidak memerlukan belanja besar dan hanya bermodalkan RUANG MASA!

1. KERAP MEMBACA BERSAMA MEREKA.

Ini antara kesilapan besar ibu bapa sekarang. Tidak terkecuali ibu bapa yang bekerja sebagai GURU. 100% serah anak belajar di sekolah. Langsung tidak didik anak dari rumah lagi. Kalau ada pun cuma sedikit. Lepas tu hantar anak ke tadika atau rumah pengasuh.

Sebab tu mereka lagi seronok dan tak buat ragam sangat di sekolah atau tadika, sebab mereka rasa kasih-sayang dari tenaga pengajar yang ajar mereka membaca.

Jadi luangkan masa lebih banyak untuk bersama anak-anak ok.

2. HANTAR ANAK KE SEKOLAH.

Tahu dan faham anda semua tidak sempat hendak hantar anak ke sekolah sebab terkejar hendak pergi kerja kan? Semua orang ada masalah yang sama. Tapi kena cari ruang lagi untuk kita sendiri hantar anak kita ke sekolah. Anak kita nilah dunia kita kan, ni lah harapan kita.

3. AMBIL BAHAGIAN BERMAIN DENGAN MEREKA.

Ni satu lagi kesilapan besar ibu bapa. Di biarkan anak bermain sorang-sorang. Lagi-lagi kaum adam. Temankan anak main kejap 2 minit, lepas tu duduk kat sofa buka telefon atau surat khabar.

KESIAN!! Anak tu perlukan perhatian ibu bapa, dari main telefon bimbit baiklah luangkan masa korang dengan anak-anak. Bukan lama pun mereka main, nanti penat mereka tidur, anda mainlah telefon ataupun baca surat khabar.

4. BERMAIN LUAR RUMAH.

Bawalah anak-anak ke luar rumah untuk bermain. Biar mereka lihat dunia dan berkawan di taman permainan. Semua ni atas dasar diri, kalau kita yang hendak buat, memang akan jadi.

Kalau kita buat alasan takda masa hendak bawa anak berjalan main di luar, memang takkan jadi.

Akhirnya anak terperuk dalam rumah dan duduk dalam bilik sahaja. Dia buat apa pun tidak tahu. Jadi pasif saja dalam bilik.

Bawa dia jalan-jalan keluar. Dah plan hendak kemana hujung minggu ni dengan anak-anak?

5. SUAPKAN MEREKA KETIKA MAKAN.

Memang kita hendak didik anak kita ni makan sendiri. Tapi pada masa yang sama korang kena suapkan anak tu makan walaupun mereka sudah pandai suap sendiri.

Bagaimana dengan 5 Cara Bonding Time Paling Mudah Dengan Anak?

Senang dan mudah kan?  hanya perlukan MASA untuk cara ini.

Cheers!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Had Skrin Time Untuk Anak

Had Screen-Time Untuk Anak-Anak Kita 1. < 18 bulan : Jangan sesekali dedahkan dengan gadget kecuali sekali sekala video-chatting dengan...