Pejam Celik Buka Sekolah Tutup Sekolah.
Rasanya baru sahaja merasa pengalaman pertama mendaftarkan anak ke tadika tahun lepas.
Hari ni last day untuk Tahun Pertama di tadika dan insyaAllah tahun depan sudah menjejak umur 6 tahun.
Walaupun baru seorang anak yang bersekolah dan baru setahun, pengalaman terlalu banyak sudah diperoleh.
Daripada membeli kelengkapan sekolah baju seragam, buku dan kasut sekolah; kemudian karenah bangun pagi, ragam ditinggalkan di kelas, menangis sampai buka kasut buka baju; teknik memujuk dengan pelbagai janji manis dan rewards jika berkelakuan baik; dan macam-macam lagi ragam farhan.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Farhan bukan pelajar terbaik di kelasnya tetapi dimata kami suami isteri, farhan sangat istimewa.
Anak sulung memang istimewa dan di kelasnya tersendiri. Di tahun pertamanya bersekolah, fokus kami bukan pendidikan formal tetapi lebih kepada mengembangkan potensi kreatifnya dan pergaulan. Adab dan moral serta disiplinnya.
Bila Farhan buat persembahan tadi pagi, sebak pula saya menontonnya. Bangga dan gembira melihat anak yang semakin membesar ini.
InsyaAllah anak ini akan terus menjadi kebanggaan keluarga. aamiinn.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Had Skrin Time Untuk Anak
Had Screen-Time Untuk Anak-Anak Kita 1. < 18 bulan : Jangan sesekali dedahkan dengan gadget kecuali sekali sekala video-chatting dengan...
-
BETUL KE RUAM GATAL ANAK SAYA NI EKZEMA? ATAU....? .......................................................................... ALERGI GLU...
-
2 Perkataan Hebat Yang Kita Mesti Ajar Anak-Anak Kita 1. TERIMA KASIH Ajar anak kita ucap benda ni setiap kali ada yang bagi sesuatu pada...
-
TIPS PENTING BUAT IBU YANG PERTAMA KALI MENYUSU BADAN Praktis Mengepam Tahukah anda, selain daripada digunakan untuk memerah susu, pam s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan