Sabtu, 25 November 2017

Nak Anak Hebat? Ubah Monolog Anak

Nak Anak Hebat? Ubah Monolog Anak Je

Anak kita walaupun masih kecil, mereka dah ada hati dan jiwa yang hidup. Dari situ lah nanti timbul suara hati yang mempengaruhi hati anak kita.

Perasan tak kita pun ada suara hati? Allah memang dah bagi siap-siap dah bisikan semulajadi dalam hati setiap manusia. Pernah kan kita bercakap dengan diri kita sendiri di dalam hati kan? Itulah suara hati. Kita sebenarnya sedang bermonolog dengan suara hati kita sendiri!

Untuk ubah monolog dan suara hati anak ni mudah je. Ubah perkataan yang kita letak selepas nama anak kita. Contohnya nama anak kita Adam.

+ Adam Soleh
+ Adam Rajin
+ Adam Pandai
+ Adam Hebat

Selalu sebut-sebut benda positif selepas sebut nama dia. Bila dah besar nanti. Suara hati dan monolog diri anak kita akan jadi camni :

+ Saya Soleh
+ Saya Rajin
+ Saya Pandai
+ Saya Hebat

Ingat, bila monolog dalaman anak kita hebat, perangai dan tingkahlaku dia pun akan secara automatik menjadi hebat!

Amal terus pada anak masing-masing ye. Sebar juga ilmu ni pada orang lain. Saya izinkan FORWARD ilmu ni ke telegram pasangan dan kawan-kawan anda semua.

#telegramChannel
#notaparentingTaufiqRazif
@NotaTaufiqRazif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Had Skrin Time Untuk Anak

Had Screen-Time Untuk Anak-Anak Kita 1. < 18 bulan : Jangan sesekali dedahkan dengan gadget kecuali sekali sekala video-chatting dengan...