Selasa, 5 Disember 2017

Had Skrin Time Untuk Anak

Had Screen-Time Untuk Anak-Anak Kita

1. < 18 bulan : Jangan sesekali dedahkan dengan gadget kecuali sekali sekala video-chatting dengan keluarga

2. 18-24 bulan : 30minit/hari dengan pemantauan dan pengawasan penuh daripada mak ayah

3. 2-5 tahun : 1jam/hari dengan pemantauan dan pengawasan penuh mak ayah

4. Kanak-kanak di atas usia 6 tahun : Kita kena tegas bab media. Pilih channel dan rancangan yang terbaik kerana apa yang dilihat dan didengar oleh anak-anak kita tu akan mempengaruhi subconscious mind mereka

tips : Saya sarankan tonton kartun Umar dan Hana di Youtube. Mesej dalam nyanyian kartun Umar dan Hana tu sangat positif untuk anak-anak kita

#notaparentingTaufiqRazif
@notaTaufiqRazif

Ahad, 3 Disember 2017

Tip Penting Buat Ibu Yang Pertama Kali Menyusu Badan - Mengenal pasti Tanda Bayi Lapar

TIPS PENTING BUAT IBU YANG PERTAMA KALI MENYUSU BADAN

Mengenal Pasti Tanda Bayi Lapar
Seeloknya, cuba kenalpasti tanda bayi anda lapar supaya anda dapat belajar menyusu badan dalam keadaan yang tenang. Apabila bayi sudah meragam dan menangis dengan kuat, sukar untuk bayi belajar melekap dengan baik.

Oleh itu, perhatikan tanda pergerakan pada mulut bayi dan cepatlah merespon terhadap rengekannya

Sabtu, 2 Disember 2017

Tips Penting Buat Ibu Yang Pertama Kali Menyusu Badan

TIPS PENTING BUAT IBU YANG PERTAMA KALI MENYUSU BADAN

Praktis Mengepam

Tahukah anda, selain daripada digunakan untuk memerah susu, pam susu juga adalah salah satu cara untuk mengelakkan payudara anda daripada bengkak atau tersumbat.

Ia juga membantu melancarkan aliran susu ibu dan meningkatkan produksi agar cukup untuk bayi.

Jadi, tak perlu rasa teragak-agak untuk cuba menggunakannya seawal beberapa hari pertama, lebih-lebih lagi jika anda bakal kembali bekerja. Lebih senang untuk anda menggunakannya nanti.

Jumaat, 1 Disember 2017

2 Perkataan Hebat Kena Ajar Dengan Anak

2 Perkataan Hebat Yang Kita Mesti Ajar Anak-Anak Kita

1. TERIMA KASIH
Ajar anak kita ucap benda ni setiap kali ada yang bagi sesuatu pada anak-anak kita. Ucap juga bila ada orang hulurkan bantuan. Anak yang pandai berterima kasih adalah anak yang hebat akhlaknya.

2. MINTA MAAF/SORRY
Ajar anak kita untuk ucap perkataan ni bila terbuat salah ataupun ada buat sesuatu yang tak disukai oleh ibubapa atau adik beradiknya. InsyaAllah anak yang suka minta maaf akan menjadi anak yang merendah diri dan pandai menghormati emosi orang di sekelilingnya

#telegramChannel
#notaparentingTaufiqRazif
@NotaTaufiqRazif

Had Skrin Time Untuk Anak

Had Screen-Time Untuk Anak-Anak Kita 1. < 18 bulan : Jangan sesekali dedahkan dengan gadget kecuali sekali sekala video-chatting dengan...